Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 4, 2013

KARI AYAM PAKISTAN

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, sejuk dingin sampai ke tulang rasanya sekarang ni, setiap hari hujan. Jemur kain pun dlm rumah je. Kepada yg mengalami banjir yg teruk harap bersabar lah ya, semoga air cepat surut dan hujan pun cepat reda, akk turut bersimpati atas kejadian ini. 

Ok berbalik pada N3 hari ni, semalam ada buka blog Linapg, kebetulan masa tu akk dah keluarkan ayam dari peti ais, bila di tenung2kan resepinya simple je cara buatan kari ayam pakistan ni. Sebelum ni tak ada pulak tgk bahan2 utk ayam pakistan ni, rupa2nya simple sangat bahan2nya. mula2 tu ingatkan ada guna rempah kari dari pakistan nuuuu. Bila baca bahan2 di blog Linapg baru perasan heheh, tq lina panjangkan resipi ni



RESEPI KARI DAGING PAKISTAN / KARI AYAM PAKISTAN
Original : Maria Hakim
Rujukan : kak Amie dan ct
Sumber : LiNa Pg
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 bahagian (LiNa Pg gn 1/2kg daging pejal)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gantikan dengan rempah beriani)-rosaliza tambah rempah sup
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan daging.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan daging empuk.

Sedap kari ayam pakistan ni, pastoi ada siaran ulangan nnt, 

Tuesday, December 3, 2013

NASI GORENG KAMPUNG MABLESS

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera, rezeki  hari ni 25.10.13 ( cerita basi ya ) , adik ipar call cakap ada nak buat makan2 dekat ofis dia, nak nasi goreng kampung, bee hoon goreng dan sejenis kuih . Walaupun biasa buat. tapi kali ini mencuba nasi goreng Kak Nor Secubita Garam. Mekasih kak Nor

Saya panjangkan resipi kat sini untuk rujukan masa depan atau sapa2 yang nak mencuba

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong- rosaliza tak letak
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam- rosaliza tambah kiub ikan bilis
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


p/s lepas masak nasi goreng ni akk buat pulak yg goreng cili kering tu, memang sedap. tapi lupa snap pic.


Akk goreng nasi ni banyak utk 60 org makan, makanya bahan2 pun tambah juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...