Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 4, 2013

KARI AYAM PAKISTAN

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, sejuk dingin sampai ke tulang rasanya sekarang ni, setiap hari hujan. Jemur kain pun dlm rumah je. Kepada yg mengalami banjir yg teruk harap bersabar lah ya, semoga air cepat surut dan hujan pun cepat reda, akk turut bersimpati atas kejadian ini. 

Ok berbalik pada N3 hari ni, semalam ada buka blog Linapg, kebetulan masa tu akk dah keluarkan ayam dari peti ais, bila di tenung2kan resepinya simple je cara buatan kari ayam pakistan ni. Sebelum ni tak ada pulak tgk bahan2 utk ayam pakistan ni, rupa2nya simple sangat bahan2nya. mula2 tu ingatkan ada guna rempah kari dari pakistan nuuuu. Bila baca bahan2 di blog Linapg baru perasan heheh, tq lina panjangkan resipi ni



RESEPI KARI DAGING PAKISTAN / KARI AYAM PAKISTAN
Original : Maria Hakim
Rujukan : kak Amie dan ct
Sumber : LiNa Pg
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 bahagian (LiNa Pg gn 1/2kg daging pejal)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gantikan dengan rempah beriani)-rosaliza tambah rempah sup
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan daging.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan daging empuk.

Sedap kari ayam pakistan ni, pastoi ada siaran ulangan nnt, 

Tuesday, December 3, 2013

NASI GORENG KAMPUNG MABLESS

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera, rezeki  hari ni 25.10.13 ( cerita basi ya ) , adik ipar call cakap ada nak buat makan2 dekat ofis dia, nak nasi goreng kampung, bee hoon goreng dan sejenis kuih . Walaupun biasa buat. tapi kali ini mencuba nasi goreng Kak Nor Secubita Garam. Mekasih kak Nor

Saya panjangkan resipi kat sini untuk rujukan masa depan atau sapa2 yang nak mencuba

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong- rosaliza tak letak
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam- rosaliza tambah kiub ikan bilis
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


p/s lepas masak nasi goreng ni akk buat pulak yg goreng cili kering tu, memang sedap. tapi lupa snap pic.


Akk goreng nasi ni banyak utk 60 org makan, makanya bahan2 pun tambah juga

Friday, November 15, 2013

SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Meme jatuh chenta betul dgn sambal tempoyak ni. Bila mkn rasa mcm nak ulang mkn lagi. Sayur mcm ni agak jarang akk buat, bila dah terlampau nak mkn baru lah buat. Masak daun kayu mcm ni hanya akk dan dak Eqa je yg mkn yang lain tak nak mkn pulak. Beli seikat pucuk ubi n seikat pucuk labu pun dah cukup banyak bagi kami berdua mkn.  Sambal ni tak boleh nak lawan hasil air tangan kak Erna Mak 3hero tu, memang sedap. Akk ni  tak pandai pulak nak masak tanpa penggunaan bawang, masak apa2 pun mesti letak bawang. Masak lemak cili padi masak tempoyak ikan patin semua main taruk bawang heheh.

Tq CM atas perkongsian resipi best ini. 


SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU
Resipi : Cik Mat Gebu @ tiffin biru
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
1 cekak pucuk labu
6 helai daun kunyit muda
4 papan petai
1 keping asam gelugor
5 camca besar penuh tempoyak
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
1200 ml santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3/4 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah) - Rosaliza kurangkan
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan pucuk labu diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Daun kunyit cuci dan tos, buang bahagian tengahnya. Hiris halus seperti bunga rampai pucuk ubi, pucuk labu dan daun kunyit tadi. Petai diambil isinya, cuci dan kerat dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama tempoyak. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan, kacau dan masukkan ikan bilis. Masak dengan api kecil hingga sedikit pekat. Tambah petai, masak sekejap dan masukkan semua jenis daun dan asam gelugor. Gaul rata2.
  3. Masak dengan api sederhana hingga pekat dan kacau selalu, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi. Jika tidak habis, simpan dalam peti sejuk...Selamat mencuba!!.
Nota : pucuk ubi rosaliza celur sekejap dlm air mendidih, baru di hiris halus.

 pucuk ubi kayu
 Pucuk labu
 Serai yg di hiris halus
Taraaaaaa siap, daun yg dah hiris tak sempat nak snap gambar, Lagi di panaskan lagi sedap sambal ni


Wednesday, November 13, 2013

BUAH DAN POKOK MAHKOTA DEWA

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera  buat semua, kenal tak buah mahkota dewa, sangat menarik buahnya. Sebelum akk hanya tau kopi mahkota dewa saje, buah yg ori tak kenal. Hari tu ada juga tgk pokok yg masih kecil lagi.

Hari tu masa blk kg masa raya haji, akk singgah rumah sedara di Gua Musang, akk tanya lah buah apa cantinya, dia kata buah mahkota dewa, terus amik kamera snap pic, seronok rasanya dpt kenal ngan buah ni yg belum pernah di lihat sebelum ni :



Banyak buah yg masak, akk pun tak minat nak tanam juga, sebab tak tau cara gunanya

Tuesday, November 12, 2013

TANJUNG DAWAI

Selepas turun dari Gunung Jerai dlm kul 12pm mcm tu, kira destinasi terakhir utk kamo berkonvoi, adik ipar akk ( suami linapg ) ajak lunch dulu di kedai di kaki gunung jerai tu, tapi memandangkan tak byk lauk pauk, maka cari gerai lain. Akhirnya jumpa kedai kari kawah utara dan ikan bawal, nampak mcm sedap je, org pun penuh kedai. Kekenyanganlah kami di belanja oleh laling linapg, Tq As semoga bertambah2 rezeki ya. Kat sini kami pun berpisah ikut haluan masing2, memula tu ingat nak keluar ikut tol Gurun, tapi minyak dah kurang kami ikut jalan lama dulu nak cari stesen minyak. Syok juga lalu jalan lama ni, lagi pula tak pernah lalu ikut sini, kalo lalu pun dah lama agaknya masa pg ke Sedaka ( rumah sedara ) dah 10 tahun kut tak lalu, tujuan kami nak keluar ikut tol sungai petani. Dalam syok2 berjalan tu, akk ni kejap pejam kejap celik tgk jln, tgk my abe aji steady je bawa kereta, tetiba nampak simpang ke Tanjung Dawai lebih kurang 27 mcm tu lah, tukar pulak haluan kami singgah ke tanjung dawai dulu dlm acara solo pulak,

Ini lah Tanjung Dawai, akhirnya kami sampai juga ke sini, selalu dgr dlm lagu je, dan baru2 ni kes keracunan kenduri di sini. Tgk lah gambar yg tak seberapa ni, nak snap n jalan2 pun dah letih :~

 Kat sini lagi best dari pangkor bagi yg suka ikan bilis, belacan, ikan masin, dan harga pun murah, keropok pun ada
 Syokkk je nelayan ni dok kutip hasil tangkapan, bermacam jenis dan saiz udang ni, yg kecil2 dia campak masuk laut semua

 Seronok tgk nelayan kat sini, tapi pada masa kami pg tu mengikut kata org situ tak banyak bot yg kelaut hari tu, biasanya kita2 pun boleh beli ikan,


 Ikan pun tak banyak yg dapat, akk tgk semua ikan pelalin je yg ada, tapi semua segar bugar. Kat sini merupakan jeti atau pusat jualan ikan2, dah ada bahagian pikat tunda, laut dalam dan mcm2 lagi, lupa nak snap pulak
 Ini pula pasar kat pekan tanjung dawai ( gambar ni di snap oleh Amani ) , dia yg gantung kamera kat leher dia je ) Mcm2 jenis hasil laut di jual di sini


Ini merupakan Jeti tanjung Dawai, Ada bot yg membawa pelancung ke Pantai Merdeka, nasib laaa badan dah penat kalo tak kami mungkin naik bot pulak, kalo ikut jalan darat utk ke pantai merdeka lebih kurang 60km. 

Kesimpulannya, pekan tanjung dawai ni agak kecil, tapi akk suka dgn perkampungan nelayan dan tgk hasil2 nelayan. Kalo dekat2 dgn KL, pasti kami akan ke sini lagi,  

Friday, November 8, 2013

PUNCAK GUNUNG JERAI

Sambungan dari N3 SALAK DENAI, lepas je keluar dari salak denai kami menuju pulak ke Puncak Gunung Jarai. Perasaan sangat  teruja sangat nak naik atas gunung yg cantik mcm tu,ala2 impian menjadi kenyataan gitu. Sellau tgk dari jauh j gunung jerai ni. Hari masa naik keretapi menuju ke Arau perlis pun lalu ikut tepi Gunung Jerai ni, dlm hati berangan2 juga nak naik gunung tu, tapi rasa mcm tak berdaya je nak mendaki gunung yg tinggi itu, dgn anak2, pasti tak berdaya heheh. Opps Agak jauh juga lah dari salak denai ke Gunung jJerai ni, masa tu jln pun agak sibuk sebab ada undi di Sg Limau, pak polisi sibuk menjalankan tugas, kereta pun byk. Akhirnya sampai juga kami ke sini, rupa2nya dah jalan nak blk dah ni, kalo keluar ikut tol Gurun. Ohhhh Gunung Jerai......

Dari kaki Gunung Jerai ke puncak gunung lebih kurang 14km, laluan sangat2 mencabar, tapi jalan tak sesibuk mana masa akk pergi tu selisih 3 ke buah kereta sahaje, itu pun Linapg dah sms bagtau kalo ada kereta nak selisih heheh.

Teringat jaman sekolah dulu tentang novel Seorang Tua Di kaki Gunung, akhirnya dapat juga jejak kaki ke atas, walaupun bukan puncak yg paling tinggi nuuu dlm hutan dan tempat pemancar tu. Sunggu tak sangka ada jalan naik ke puncak ni.

Terpahat nama Gunung Jerai di bait2 lagu Cinta Pantai Merdeka

Ku ukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan Laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai 
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita berdua
Oooohhhh indahnya........
blablablaaaa


1 km lagi nak sampai, 

 Rehat kat sini kejap, simpang ke telaga Tok Sheikh kami tak terokai, kami menghala ke The Regency jerai hill Resort


 Subhanallah, cantiknya ciptaan ilahi, terpaku seketika dgn keindahan semula jadi
 Terbentang luas jelapang padi, lautan membiru...sangat nyaman



 Dak Maisarah yg tak reti dok diam berlari, bermain dan Amani je , kena tangkap kejap
 Baby adda tangkap Amani, tgk dok melepaskan diri
 Nak amik gambar dia pun susah, yg ni terpaksa, tgk muka tak nak senyum pun
 Linapg n Ezy, mana Alla ya
 Awan berarak cantik, mula tu ingatkan asap atau jerebu, yg pasti awan berarak lalu...

 Insyallah jika ada keizinan teringin lagi ke Puncak Gunung Jerai ini

SALAK DENAI - SANTAI BERSAMA FAMILI

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, pada 2.11.13, kami sefamili ke Penang, dari KL rumahku ke Penang lebih kurang 359km dgn tol rm43.30, pas tu masuk jambatan P.Pinang pulak rm 7.00. Kami bermalam di rumah LINAPG adikku. Esoknya 3-4.11.13 kami bertolak ke Salak Denai ( booking, bayaran dan kaji selidik semua di lakukan oleh Linapg, akk yg menurut perintah saje, dgn kata lain tukang ikut jer ) Jarak dari Penang ke Salak Denai lebih kurang 91km je, ini mengikut apa yg akk set kat meter kereta . Tak lah jauh mana, keluar ikut tol sungai petani rm 3.00 lebih je, lupa lah pulak berapa yg tepatnya. 


 ini lah salak denai, siap dgn no fone dh ,
 ini lah denai, jln kecil yg tak berturap, dari jln raya agak2 dlm 500 meter kut nak sampai ke chalet
 sampai je terus terjun kolam
 dingin air kaki gunung jerai ni,
 lompat jangan tak lompat
 bangun tido dh pun masuk kolam kecil
 peserta pertama masuk kolam di pagi hari
 ini lah chalet tu, cantik n luas bilik, siap beraircond lg
 dah nk blk, bapa2 sebiras ni apa yg di bincangkan.....
 Famili Linapg
 Si Bongsu Ezy Azirra
 Mummy Buyong Alla n Azmi
My Famili.

Seronok sangat ke sini, rasanya tempai santai yg paling best jauh dari kebisingan , hanya kedengaran deruan aie terjun dan desiran angin yg sangat nyaman. 

Bila di tanya anak2 nak lagi ke sini, laju je jawap NAKKK, bila nak pegi heheh.

Destinasi seterusnya....Gunung Jerai

Wednesday, October 23, 2013

KERABU MANGGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, pagi yg nyaman sejuk terasa, apa kata kita tayang kerabu mangga biar kecur liur yg melihatnya. Sebenar2nya memang lama sudah buat kerabu mangga ni, hingga ke hari ni buah mangga pun hampir habis musim dah. Kalo ikutkan akk ni tak berapa suka mkn buah2 yg masam dgn kata lain mkn colek buah cicah2 kicap tu, tapi bila di buat kerabu mcm ni boleh la pulak tekak ni mkn, hummm pas tu pedih la perut mkn benda masam2 manis mcm ni, tapi sedap, ku telan jua . Tq MYRESIPI  yg sentiasa menjadi rujukkan ku dari dulu kini dan selamanya


KERABU MANGGA
Resipi : Myresipi @ Nadia
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 biji mangga muda
  • 2 sudu sos nam pla (fish sauce)
  • 1/4 cawan kacang
  • 2 biji cili padi
  • 2 sudu besar udang kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Jangan sampai lumat. Sedang-sedang je
  2. Potong memanjang mangga
  3. Gaul semua dengan bahan-bahan lain.
  4. Tambahlah garam dan gula secukupny

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...