Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 29, 2011

DOH KARIPAP BEST - TUN TELANI

Assalamualaikum buat semua, semoga sihat ceria di pagi Sabtu nan indah dan mendamaikan ini. Kenapa n3 ni bertajuk karipap doh tun......emmm tanya sama pokok..apa sebab goyangg. Sebenarnya doh karipap ni diperkenalkan oleh Tun Telani resipi bondanya. Kulit karipap yang paling sedap akk buat setakat ini.


 DOH KARIPAP BESTTT
RESIPI : TUN TELANI
Kongsi bersama : embunrosaliza

BAHAN - BAHAN
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam
cara-cara:
  • panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

Akk buat inti keledek


INTI
2 ketul keledek di potong dadu - rebus hingga empuk
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis*
2 sudu besar udang kering*
2 sudu serbuk kari
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub ikan bilis
garam secukupnya


Cara - cara
Blender bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan serbuk kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Masukkan keledek yg telah direbus tadi, kemudian masukkan kiub dan garam, tunggu sehingga inti kering sedikit. Siap

Friday, October 28, 2011

KEK BATIK CREAM CRACKERS @ BISKUT TAWAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengujung blog embunrosaliza. Lama rasanya tak ada n3 baru, maklum lah anak2 cuti sekolah seminggu semperna Depavali. Bila dah cuti2 tu, pagi2 nak kena buat bf yang berat2 sikit sementara menunggu makan tengah hari. Dan bila cuti2 gini, ambil kesempatan berjalan2 juga lah, bila berjalan dengan dak kecil Amani, badan pun terasa sakit2 juga lah, dia makin lasak la ni, tu yang akk kata macam nak demam je, heheh tapi sampai hari ni pun tak demam sihat sejahtera je ni, alhamdulillah. Hari ini tak kemana my abe keja pagi huhu.


Panjang betul mukadimah hari ni. Berbalik pada n3 pagi ni kek batik cream crackers. Bila tengok ramai yang buat kek batik gini, akk pun mencuba juga tapi mengguna kan resipi kek batik dot dot, sebab resipinya simple dan semua bahan2 pun ada. Cantik je kejadian, dan rasanya pun sedap. Nak buat pun sekejap je, lagi pula bila guna biskut tawar gini, rasa best pula, rangup2 biskut tu tak terjejas langsung.




KEK BATIK CREAM CRACKERS
Source:Pn Zuriana Abd Latip KR(fb) &Kak Am@serojakitchen.blogspot.com
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com 

kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


BAHAN2NYA:

½ buku buttercup 
2 cwn tepung gandum
2  biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko 
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari - secukupnya biskut tawar besar @ cream crackers



CARANYA
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
dikacau selalu.



untuk melapis kek batik ni akk menggunakan kaedah kek batik coklat resipi bakewithmilla , iaitu :~


Alas dasar loyang dengan plastik, lepas tu susun biskut, kemudian letakkan sedikit adunan tu ratakan . buat selapis demi selapis.




Biasalah akk buat jadi 3 lapis je.
pic kelabu sikit, mcm terlebih cahaya je
Sekali tengok macam kek lapis holiday inn resipi hasue je.  Kek ni Akk  letak dalam frezer kejap pas tu terus potong je.


p/s semalam Linapg sms , dia n famili sihat2 saje di Beijing. Dan buat pengantin baru Alla n Azmi  Enjoy ur holiday ya..

Monday, October 24, 2011

SENI KETUPAT PALAS KELANTAN

Resepi tiada, ketupat ni akk beli. Bungkusan ketupat ni dan seni bungkusan ketupat yang asli di kelantan memang berbeza dengan negeri lain, yang selalu akk tgk dan selidiki hehhe. Akk pun bukannya pandai pun nak bungkus ketupat dengan sempurna dan cantik, kalo yang akk bungkus tu memang senget benget. Dah banyak kali juga cuba membungkus dengan MIL akk, dia memang rajin buat ketupat ni masa raya. Jom tengok :~



Ini lah bungkusan ketupat asli kelantan, tapi la ni org klante pun bungkus macam sarung atau kelongsong untuk buka daun je, senang keja, janji dapat mkn

Saturday, October 22, 2011

KEK OREN BLANDER



Assalamualaikum buat semua, sebenarnya dah lama buat kek oren ni, tapi nak juga  tayang kek yang simple ini, dan semua orang boleh membuatnya, kalo tak ada oven boleh juga dikukus, tapi akk tak pernah lah kukus cuma ada baca blogger yg kukus elok je kehasilannya.


Tak payah cerita panjang jom tengok kek oren akk ni. Resipi hasil ciptaan kak fida myresipi




BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )


1 bji buah limau - akk letak 11/2 biji oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - akk letak 1 cawan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )


Cara-cara


1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.

2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak - akk bakar 30 minit suhu 150c



sekejap je bakar kek ni dalam 30 minit dengan suhu 150c
oren yang akk gunakkan, kaler tua pekat sikit, kalo akk panggil oren mandrin, yg kat botol oren sunquick tu.
Sekejap je buat ni, akk potong pun masih panas2 lagi, sebab lepas buat tu nak pergi ke sekolah dan bagi anak2 n kwn dia mkn,


p/s tadi Eqa call katanya game hari ni kalah, semalam menang 1 game,seri 0-0 1 game, nampaknya tak dapat masuk akhir la tu, takpelah janji penyertaan dia dan dapat sijil 

Friday, October 21, 2011

ABOK - ABOK

Assalamualaikum, sekejap je..dah pun hari jumaat , dan anak2 sekolah rendah dapat cuti seminggu seperna Deepavali..amikkau lama tuh, tapi sekolah agama sekolah macam biasa.


Petang ini insyallah akk ke Tanjung Malim, dak Eqa ada perlawanan hoki kat UPSI sehingga hari ahad ni, akk pergi tgk kejap je pas tu habis game akk balik KL semula.


Oppps lari tajuk pulak, kuih abok2 ni buat untuk akk je, anak2 tak mkn pun jelly  dan geli kata mereka






ABOK - ABOK
rujukan :myresipi@umi e

1/2 kilo sago biji - 1 cawan sagu
2 cawan desacated coconut/kelapa parut - 1 cawan kelapa parut
gula melaka/brown sugar secukupnya - gula melaka di hancurkan
garam secukup rasa

Cara - cara

  1. cuci sagu dan toskan
  2. gaulkan sagu dengan kelapa dan garam
  3. masukkan 2 sudu campuran sagu ke dlm mangkok kecil tahan panas
  4. masukkan gula melaka/brown sugar ikut suka banyak
  5. tutup dengan 2 sudu lagi campuran sagu sagu dan ulang sampai habis... (boleh letak dalam loyang kalau tak mau guna mangkok kecil
  6. kukus sehingga masak atau nampak sagu sudah berkilat
  7. ***Kalau ada daun pisang, gulung daun pisang bentuk 'kon' dan masukkan bahan seperti yang di terangkan, lipat dgn rapi dan kukus

tengokkk nak rasa bau daun pandan akk kukus letak daun pandan, wangi sikit ada aroma daun, nak buat kun alahai lambat rasa nak dapat mkn...kalo dah rajin gini lah

Sedap makan panas2, tapi tang gula melaka tu, sagu tak berapa nak jernih..tapi akk telan juga, sedap di tekak akk heheh

Thursday, October 20, 2011

DONUT BALL

Bersiaran di petang hari, tak sempat2 nak mengemas kinikan blog. Ramai yang dah mencuba donut ball ni, rasanya memang sedap, dan resipinya simple.


donut ball yg tak berapa nk ball hehe


DONUT BALL
Resipi : Myresipi@ syuhaiza
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan ( 3 orang makan )


3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu susu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng

Cara - cara

  1. muripan di bancuh dengan air dan ketepikan
  2. satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
  3. uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
  4. bulat2 kan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik
  5. biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
  6. gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising. kalau tak ada gula aising, gula kasar pun boleh tapi di blend dulu.
  7. dah siap untuk dimakan. selamat mencuba

Wednesday, October 19, 2011

KULAT PUSU @ CENDAWAN BUSUT

Hujan dan panas panas silih berganti memberi rezeki untu akk merasa lagi kulat pusu ini untuk tahun ini, kalo tak mana nak cari kulat pusu yg masih muda belia ni. Balik kampung pun bukannya selalu ada. Nak beli kat kedai mcm tak yakin je. Cendawan ni naik tempat yang dia naik tahun lepas, harap2 lepas ni tumbuh lah lagi....kulat tahun lepas


Best sangat bila sayur bening kulat ni:~




SAYUR AIR KULAT PUSU
Resipi : embunrosaliza


Bahan- bahan
kulat pusu @ cendawan busut - boleh juga guna cendawan tiram
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
garam dan perasa
2 cawan air
Pucuk manis - akk tak letak


Cara - cara
-Tumbuk lada hitam hingga lumat kemudian diikuti bawang2..
-Satukan air dan bahan tumbuk,serta garam dan perasa, masak hingga mendidih, apa bila kuah mendidih barulah dimasukkan cendawan.
-Renihkan seketika...siap
sedap makan dengan ikan goreng
Tak puas rasanya makan cendawan ni...comel je bentuk dia.

Tuesday, October 18, 2011

DAGING BLACK PEPPER @ DAGING LADA HITAM

Hari ini bersemangat sikit, pagi2 dah boleh letak n3. Amani lepas minum susu kul 6 tadi, sambung tido. Sempatlah akk naip2 sikit, sidai kain pun sudah, sapu2 rumah nyata je belum lagi heheh.

Anak2 akk cukup suka dengan dagingg black pepper ni, akk buat dgg ni minggu lepas lagi, tapi nak sampai ke hari ni, dah 3 kali buat.maknanya dalam seminggu 3 kali dah resipi daging black pepper ni. 


Teramat simple resipi daging black pepper ni, akk memang suka masakan yang simple tapi sedap ,nak di jadikan ceritera, minggu lepas,  bawang besar kehabisan kat umah , ada bawang merah n bawang putih je, akk msk apa2 pun suka boh bawang besar, cepat lah habisnya. Cari2 n gali2 ngan google  terjumpa resipi dari dapur K.Nor Secubit Garam  kat myresipi, simple sangat resipi tanpa bawang2 segala.  Sepantas kilat akk kedapur n campak2...siap dan rasanya tersangatlah sedap. Terima kasih Kak nor






DAGING BLACK PEPPER
Resipi : K. Nor @ Myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza



Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara


1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.


2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada


3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.


4 Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram


5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Ada rasa ala2 steak , la ni anak2 masih kemaruk lagi nak makan. Lepas ni pasti ada lagi siaran ulangan daging black pepper ni

Monday, October 17, 2011

AGAR-AGAR ANGGUR

Dah pun petang sekarang ni kul 4.32pm, kenapa lah malas sangat nak letak n3, tadi cadangnya pagi2 lagi nak boh n3 ni, bila keluar, balik sibuk nk masak pulak,kul 2 lebih anak2 sibuk nak ke sekolah agama pulak.


Jadi akk pilih agar2 anggur ni utk n3 kali ini. Sebenar tak ada sebiji pun anggur di letakkan dalam ni, sebab akk guna acuan anggur hadiah dari ayunalisa adik akk ni, sebenarnya akk kirim suruh dia beli kat Gua Musang, sbb akk cari tak ada atau akk yg tak jumpa acuan ni. Bila kakaknya kirim diberi percuma kat akk 2 lak tu, acuan jagung dan acuan anggur ini terima kasih ayu


Agar2 anggur ni tak ada speselnya akk cuma letak susu cair je dan gula je




Saturday, October 15, 2011

GULAI SIPUT

Salam ceria di pagi sabtu yang permai ini, sunyi je dapur blogger kita di hujung minggu gini. Pagi ni akk masak nasi lemak halba, buat untuk sarapan dan mkn tengah hari sekali. Petang ni cadangnya nak pergi ke stadium hoki pantai, lama dah rasanya tak tengok anak2 buat latihan kat situ. Pas tu terus ke pasar malam di Pantai Dalam, tapau untuk makan malam heheheh, pandaikan, dapat santai2 sikit depan pc.


Menu gulai siput macam ni memang menjadi pujaan anak2, mana yang tak makan siput pun kuah membanjiri nasi. Suka tengok anak2 mkn dan ratah siput ni.


GULAI SIPUT
Resipi : embunrosaliza


Bahan- bahan
1/2 kg siput - di potong ekornya
1/2 biji kelapa
1 labu bawang besar*
1 keping asam keping
2 inci lengkuas muda*
1 inci kunyit hidup*
sedikit daun kesum
cili hijau
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
1. Potong hujung siput lepas tu basuh bersih2 dan toskan.
2. Blender bahan bertanda * hingga hancur
3. Perah kelapa menjadi santan yang agak pekat. Akk guna blender pas tu blend kelapa parut tadi , baru di perah santannya.
4. satukan kesemua bahan2 didalam periuk kecuali siput. Kacau hingga mendidih dengan api yg sederhana
5. Apa bila mendidih, masukkan siput, kacau2 seketika hingga mendidh seketika. Padamkan api.


nota : sekiranya suka pedas boleh di letak cili kering atau cili api semasa blender tadi


selamat menjamu selera buat semua

Friday, October 14, 2011

KEK BATIK COKLAT BEST

Salam Jumaat buat semua, penghulu segala hari, dan merupakan hari terakhir sekolah buat minggu ini, sekejap masa berlalu, minggu depan anak2 sekolah rendah mula menjalani peperiksaan akhir tahun.


Memandai je tambah nama kat resipi org, tetapi memang sedap sangat kek batik resipi ni, walaupun tak canti n tak pernah cantik kek batik yang akk buat ni, namun rasanya memang terasa kecoklatan, anak2 pun suka bila tgk nampak coklat pekat sikit. Boleh klik2 nama HASUE untuk melihat kek batik coklat yang cantik dan tersusun



Akk buat kali ni cantik sikit dari yg INI, cuma  dapat 3 tingkat flat je, ingatkan dah jadi kondo dah hehhe 


Kek Batik Coklat 
C n P : HASUE
Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - setengah tin  susu yg sedang tu
* biskut meri secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
  4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
  6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
Ari tu ingatkan dah banyak ambil gambar, rupanya 3 ni je yg ambil, nak tak nak kena letak yg ni jelah.

Thursday, October 13, 2011

ALKISAH PUTERI AMANI

Assalamualaikum buat semua, diharap dalam keadaan sihat walafiat adanya. Dua tiga hari ni banyak lak halangan untuk mengupdate blog. Tadi  sepetang akk kat Klinik Pakar Kanak2 di HKL untuk buat follow-up Amani, alhamdulillah doktor berpuas hati dengan perkembangan dia, maka tak perlu lagi ke HKL selepas ini, cuma kena pergi klinik yang biasa akk pergi untuk cucuk dia aje. Berat dia pun dah 8.3 kg dan panjangnya 74cm.  

Oh ya mungkin ada juga yang tak tahu sebenarnya masa lepas lahir,  kuning Amani tinggi sangat. Kena tahan wad 3 hari 2 malam jugalah dekat wad KK8. Kena ambil darah selalu untuk cek kuningnya. Jadi bila kuning dia dah turun tu, dan boleh balik rumah, tapi akk kena pergi juga jumpa doktor pakar kanak2 takut2 ada yang tak kena dengannya. Masa umur dia 6 bulan kena cek telinga, mana tahu bila kuning tinggi ada kesan juga ke telinga mahupun  ke otaknya. Syukur sangat2 pada illahi kerana memberi kesihatan yang sempurna pada Amani sehingga kehari ini, segala perkembangan macam bayi2 lain juga. Cerdik cerdas serta pintar.



nota ringkas buat bakal2 ibu, jagalah pemakanan semasa hamil, kerana akan membawa kesan pada baby nanti. Kalau selepas bersalin dan nampak  baby tu kuning sikit tu, segeralah ke hospital atau klinik sebelum kuningnya tinggi. Macam akk pun pelik juga sebab akk tak suka asam2an pun, masih kena kuning juga, agaknya bayi zaman cyber kut mesti kena kuning tak banyak sikit nak juga kena.

Tuesday, October 11, 2011

NASI DAGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Nasi daging simple akk masak minggu lepas lagi, sebenarnya tak terniat pun nak masak nasi daging ni. Memandangkan ada banyak air rebusan daging dalam peti ais, nak buat yang simple2 je, sekadar menghabiskan air rebusan je. 


Ceritanya begini, hari tu ada my abe beli 3 kg daging selalunya akk potong2 pas tu masukkan dalam plastik simpan untuk sekali masak satu plastik, Tapi kali ini akk rebus dulu daging sampai empuk, lepas tu baru simpan. Cepat sikit nak masak, tak payah tunggu lama2 untuk empukkan daging.






Akk guna beras wangi siam, elok lak kejadiannya, nampak sebiji. Tayang nasi jer lauk pauk tak ambil pulak hari tu, masak je nasi terus letak dlm pinggan untuk snap pic

Monday, October 10, 2011

CILI CAMERONKU

Malam2 baru dapat sapu dan kemas sikit rumah maya ni, tadi tak sempat pulak, sibuk dengan apa tah. Malam2 gini malas pulak nak n3 pasal msk2, naktayang cili cameron akk yang amat rajin berbuah, mentang2lah pedas berasap , rajin lak dia berbuah.




ada sepokok lagi, tapi buah ada sebiji je...


Nota ; info tentang pokok cili ini akk c n p dari komen   En Daun@Adry: ~ 


As salam kak rosa, lada ni drp spesis capsicum chinensis. Varieti harbenero yg berasal dari Mexico dn Amerika Selatan. Tahap kepedasan lada drp spesis atau varieti ini adalah 8/10 hingga 9/10. Mmg ia pedas berapi!!


Tq En Daun

Sunday, October 9, 2011

APAM DOT DOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kali ini buat betul2 versi dot.dot. Kali ini satu pun akk tak letak intinya, sekejap je mkn buat sarapan, siap minta buat lagi, hari tu buat letak jem stoberi , mmg tak laju mknnya. Best je mkn masa suam2 tu


Resipi ni akk cn p dari HANA, yang lama telah meyepikan diri tu harap2 hana n famili sihat ya, agaknya sibuk ngan tugasan setelah balik ke Malaysia.




APAM DOT DOT
resipi asal : myresipi@lilydvalley
dikongsi oleh : hanamemories


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - 21/2 cwn
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan - akk guna 1 cawan 
  • 150gm susu segar - guna susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - tak boh anak2 tak suka
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

Nota penting dari embunrosaliza pada yg baru nk mencuba :~ Mangkuk kertas ini hendaklah diletakkan didalam acuan lompang atau acuan yg besesuaian, kalo tidak jadilah apam leper atau apam tido, ini berdasarkan pengalaman akk yg tak teliti baca resipi asal. Bila apam ni diletakkan dalam acuan lompang mmg cantik je kejadiannya
walaupun tak secantik dot dot org lain, puas hati anak2  suka mkn apam ni, mkn punya mkn, tinggal yg je sempat snap pic, yg elok sikit dah selamat dingap, ini loyang terakhir kukus je, jd lh mcm2 pesen

Friday, October 7, 2011

PUDING KASIH BARTAUT

Selamat ptg but semua, puding kasih bertaut, nyaman masuk tekak. terima kasih buat NAZ yang mencipta resipi puding yg sedap ini


guna warna purple n pink, lupa lak nak snap gambar yg dh potong

PUDING KASIH BERTAUT
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan 
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 tsp sirap Rose
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau - akk guna kaler purple

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.  Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.  

Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari peket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

NOTA : dari NAZ cute oven small kitchen

  • Resepi di atas tu Naz cuma guna sepeket serbuk agar-agar 10 gm yang dibahagi dua untuk bahagian A dan juga bahagian B. Kalau nak senang boleh guna sepeket 10 gm untuk setiap bahagian agar-agar tapi jangan lupa doublekan bahan-bahan lain dalam resepi tau!. 
  • Resepi di atas ni Naz dah update supaya agar-agar bahagian A digunakan sepenuhnya bersama agar-agar bahagian B. Jadi tiada agar-agar bahagian B yang lebih bila menghasilkan puding ini. Boleh rujuk di sini untuk resepi terkini PUDING KASIH BERTAUT TERKINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...