Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI

Assalamualaikum buat semua. Dah pun masuk hari ke 15 kita berpuasa, dan hari ini pertama kali dengan lagu raya kat radio era, semangat sikit. 


Ayam kicap pedas madu karipulai, sedap sangat ayam kicap pedas ni. Anak2 bagi gred A++, sedap sangat la tu. Terima kasih pada Azlina @ terminal hijrah. Dah banyak kali akk buat, lepas msk yg pic ni.


Ayam kicap pedas madu karipulai
resipi : Azlina@terminalhijrah
kongsi bersama : embunrosaliza


BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.
selamat berpuasa buat semua

11 comments:

As salam kak rosa,
Dh baca sampai habis tp tak jmpa pn apa mkna karipulai tu. Kari tu daun kari kn.. Pulai tu ape? Pkk pulai ke??
 
sama soklan cam adry...;)
 
@Adry@Daun

Assalam Adry@Daun,..heheheh sebenarnya itu tajuk yang di beri oleh tuan punya resipi, maka ak pun tulis gitu juga la. Mungkinlah Daun kari tu dia ambil kat simpang pulai kut...ye tak Ina hehe
 
@Lovely Kitchen

Assalam E-na, heheh akk pun tak pasti maknanya apa, sbb tgk kat blog dia pun tak ada penerangan juga,
 
sedap nampak tu kak..boleh suri cuba nanti
 
@suri solehah
Assalam suri, mmg sedap sangat, biasa kalo akk msk letak daun kari anak2 bising je, tapi kali ini semua 6 org tu kata sedap, cubalah suri, senang je nak buat
 
mmg sedap sgt aym ni kan..rugi sapa tak cuba
 
@lina_pg

Teramatlah sedapnya ayam ni
 
assalam rosaliza..akak nak kena cuba buat ni..anak2 memang suka makan masak kicap ni.
 
assalam kak rosa....kalau kt sabah ni, masakan berkicap memang femes. tak tahu la kenapa...tp xdelah sesedap yg akak buat ni...yg ini memang betol2 spesel ni..siap ada madu lagi... kalau makan dgn nasik putih panas2...perghhhh!
 
Assalamualaikum Kak Rosa...kita ni sampai last sekali sebab terlepas flight..hehe..Alhamdulillah anak2 semua suka, resepinya pun simple je kan..takyah pening2 nak cari itu ini..

Laaa...tak delah ambik kat simpang pulai, jauh tu! karipulai tu daun kari la yang ooi..petik belakang rumah je. kat sini kita dah biasa kalau panggil daun karipulai ni..

Thanks sudi mencuba yea.. :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...